Friday, March 28, 2008

Catatan Selepas PRU-12

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Saya memindahkan blog yang bersepah ke hasmihashimblog.

Saya di Johor sekarang. Hampir tiap minggu menghabiskan masa 3-4 hari di kampung: Semerah dan Parit Sulong. Dengan penambahan lebih lapan ribu pengundi baru, tetapi sokongan kepada keADILan (dahulunya DUN Semerah ditandingi Pas) naik sehingga lebih 50 peratus berbanding tahun 2004 (10, 699) dengan jumlah yang keluar mengundi ialah 76.42 peratus; lebih tinggi 3.39 peratus (atau 79. 81 peratus) berbanding 2004.

Undi kepada keADILan: 8,082.
Undi kepada BN:13, 156.
Majoriti: 5, 074.

Majoriti yang telah berkurangan: 5, 615.

Terima kaseh kepada pengundi dan petugas yang bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen. Ini kali pertama saya bertanding. Dan, selepas Pilihanraya, suasana kekeluargaan antara petugas dan masyarakat cukup erat dan mesra.

Saya layani semua pihak, termasuk ahli dan petugas BN-Umno di pondok panas. Pada hari pengundian, tidak ada satu pun pondok panas BN yang terlepas daripada lawatan saya, dan ada pula yang mahu bergambar dengan saya. Mereka berkata, "ohhh, Hasmi... wah makcik nak ambil gambar dengan awak boleh?" kata seorang petugas wanita Umno.

Di Johor, pembangkang menang empat kerusi DUN dan dua Parlimen dengan rata-rata populasi pengundi Cina melebihi 40 peratus.

Di Semerah, pengundi Cina sekitar 38 peratus--dan saya menang di semua pusat mengundi yang majoriti pengundinya Cina. Malah, di DUN Semerah ini, tidak pernah dalam sejarah pilihanraya yang lepas-lepas, calon pembangkang pernah menang di satu pusat pengundian sekalipun.

Rasanya, tetap berbaloi. Sejarah baru sedang dimulakan. Apa yang membanggakan ialah, seperti sejak hari pertama saya 'balik' kampung untuk aktif bersama keADILan di sini ialah: menang-kalah biarlah di kampung sendiri.

Angin perubahan tetap akan tiba juga, kelak! Di Johor... di Johor: negeri yang kononnya kubu BN ini.